Friday, April 17, 2009

MAJLIS BERSAMA MENTERI BARU JAKIM...

17 April 2009
Jumaat

900 PAX
JAKIM



Seawal jam 5 pagi aku dan catering crew bertolak ke Restoran dan daripada Restoran menuju ke Putrajaya pada jam 5.45 pagi. Pihakku menerima tempahan catering daripada pihak JAKIM untuk 900 pax termasuk 13 table VIP dan 2 table VVIP. Pihakku terpaksa bertolak seawal itu bagi memastikan semuanya siap sepenuhnya pada jam 9.00 pagi.


MENU BUFFET - 5 FOOD STATION

Nasi Lemak Kukus
Daging Kuzi Berempah
Kuih Bakar

Kuih Cream Puff

Teh Tarik

Kopi O


MENU VVIP & VIP

Nasi Lemak Kukus
Daging Kuzi Berempah

Ayam Goreng

Kuih Bakar

Kuih Cream Puff

Buah Anggur dan Tembikai

Air Mineral

Teh Tarik

Kopi O


Alhamdulillah catering ini berjalan lancar seperti yg dijadualkan dan pihak JAKIM sangat berpuashati dengan perkhidmatan dan kualiti makanan oleh pihak kami. Ramai yang puji Nasi Lemak dan kuihnya sedap!!!

Seperti biasa... klik-klik sepanjang majlis tersebut....

- food station

- daging kuzi berempah

- kuih muih for VIP

- preparation time
my mum also give her hand... volunteer!

- boss tengah bagi instruction pada crew

- assistant boss busy posing... hehe...

- makan time...

- VVIP table
Menteri Jakim (Mejar Bersara Jamil) & Timbalan Menteri (Dato' Mashitah)


Wednesday, April 8, 2009

WEDDING CATERING PART 1...

Sejak berkecimpung dalam dunia catering, pihak kami telah menerima begitu banyak sekali tempahan untuk majlis perkahwinan.

Sebenarnya kami tidak mempunyai pakej khas untuk majlis perkahwinan kerana kami lebih mengutamakan kehendak dan pilihan pelanggan. Apa sahaja menu yang diidamkan dan apa jua konsep majlisnya .. pihak kami sedaya upaya cuba merealisasikan ia.

Walaupun untuk majlis kahwin, pihak kami menawarkan pelbagai pilihan menu, namun sehingga kini, nasi beriani al-bukhari juga yg menjadi pilihan... mungkin kerana speciality kami atau mungkin jua... kerana istimewa nasinya....

Sekadar mengimbas beberapa tempahan catering untuk majlis perkahwinan buat tatapan dan rujukan anda semua....


1) Makan secara hidang sepenuhnya menggunakan dome.

Konsep ini adalah yang paling jarang kerana ia memerlukan kos yg lebih berbanding makan secara buffet. Walau bagaimana pun, penggunaan stainless steel dome membolehkan para tetamu menikmati hidangan yang masih panas. Tetapi oleh kerana makan secara serentak, pihak tuan rumah harus memastikan jumlah tetamu yang datang menepati jumlah seating yang disediakan, kerana jumlah kehadiran tetamu yang lebih daripada anggaran boleh menyebabkan para tetamu tiada tempat.

Di bawah ini adalah satu contoh majlis perkahwinan yang ditempah daripada pihak kami.

Lokasi: Dewan Sivik Petaling Jaya
Jumpah Tetamu: 900 orang
Makan Malam
Tema: Hijau Pucuk Pisang.



- meja makan untuk para jemputan yang telah siap sepenuhnya.


- kek pengantin ditaja oleh pihak kami

- familiku dr Dungun, kebetulan berkunjung ke rumahku.. jadi kuangkut adik-adikku sekali utk menolong ku menyiapkan gubahan bunga untuk meja pengantin.

- inilah meja pengantin yg telah siap dengan gubahan bunganya... hasil kreativitiku sendiri...


- para jemputan sedang menikmati hidangan makan malam...

- pengantin

- makan malam dah selesai.. menunggu acara memotong kek.

- setelah semuanya selesai.. barulah aku dan suamiku.. boleh duduk, menghela nafas lega... hehe
di sebelahku adalah adik bongsuku, Adik Zul.

- kitchen krew.. sebenarnya ramai.. tp lupa nak klik2...hehe...

Itulah antara gambar-gambar sekitar majlis kahwin makan secara hidang sepenuhnya. Akan menyusul kenduri kahwin yg lain pula...